top of page

Campbell Dwarf Hamster

Kredit: https://erinshamsters.wixsite.com/hamsters/blank-ti1wa

Diolah bahasa daripada Erins Hamsters : Dwarf Campbell

​

Campbell's dwarf hamster (Phodopus campbelli) ialah spesis hamster dalam gene Phodopus. Ianya boleh dibezakan daripada Winter White dengan telinganya yang lebih kecil, jalur dorsal (belakang) yang lebih kecil/halus dan secara umumnya lebih kecil saiznya. Campbell ada pelbagai jenis warna dan corak. 

​

Hamster campbell mendiami di kawasan padang berumput dan semi padang pasir di Asia Tengah, di Gunung Altai, Tuva dan wilayah Hebei di Timur Laut China.

​

Campbell adalah haiwan yg sosial yg boleh hidup dalam kumpulan atau pasangan sama jantina, mereka juga boleh hidup gembira sendirian. Jadi, pemilik Campbell tak perlu risau untuk carikan kawan untuk hamster anda kalau tidak mampu.

​

Campbell terdedah kepada penyakit diabetes, jadi kita perlu kaawal pemakanan dia. Adalah sangat penting untuk beli makanan yang berkualiti tinggi untuk hamster, memandangkan kebanyakkan makanan tanpa brand, murah, selalunya tinggi kandungan gula dan banyak bahan 'highly processed'. Treats yg tinggi kandungan gula patut dikurangkan atau seeloknya elakkan dari bagi pada hamster. 

​

Seperti Winter White, mereka ada 28 kromosom. Oleh sebab itu kedua-dua spesis hamster ni adalah satu-satunya spesis yang boleh 'interbreed' dan lahirkan hamster hybrid. Menghybridkan spesis ini secara sengaja adalah sangat tidak beretika dan amat tidak digalakkan. Sebab anak yg lahir selalunya banyak masalah kesihatan. Hybrid juga adalah bahaya kepada ibu, anak, dan kedua-dua spesis tesebut.

​

​

bottom of page