top of page

Hybrid Dwarf Hamster

Kredit : https://erinshamsters.wixsite.com/hamsters/hybrid-dwarf

Diolah bahasa daripada Erin Hamsters : Hybrid Dwarf. 

​

Apa itu hybrid?

​

Hybrid adalah keturunan daripada dua spesis tumbuhan atau haiwan yg sama, yg mana tidak selalunya bertemu atau mengawan di hidupan liar. Hybrid yang paling dikenali adalah Mule - anak daripada gabungan kuda dan keldai. Bagaimana dengan hamster? Hybrid dwarf hamster adalah gabungan spesis Winter White dengan Campbell. Kesilapan yg selalunya orang buat dengan hamster adalah menganggap semua hamster ni cuma baka yang berbeza seperti kucing dan anjing (baka British Short Hair, Bengal, etc) tapi sebenarnya kesemua hamster adalah spesis yang berbeza di dalam kumpulan keluarga yang sama. Contohnya, Syrian dan Roborovski adalah umpana serigala dan anjing. Sama dlm biologi tapi sangat2 berbeza.

​

Kelima-lima spesis hamster adalah Syrian, Winter White Dwarf, Campbell Dwarf, Roborovski Dwarf dan Chinese hamster. Daripada lima hamster ni, cuma dua spesis sahaja yg berjaya untuk mengawan iaitu Winter White dan Campbell dwarf. Ini disebabkan kedua dua spesis ni berkait rapat dan kedua-duanya mempunyai 28 kromosom. Maknanya, anak yang dilahirkan daripada hasil 'mating' mereka boleh hidup. Tak seperti beberapa haiwan hybrid yg lain, hybrid dwarf hamster tidak mandul.

​

Hamster hybrid masih juga rumit. Spesis hybrid mempunyai genetik Winter White dan Campbell tetapi hybrid bukanlah dicipta hanya dengan breed jantan dan betina. Seekor hamster dikira hybrid jika ada genetik daripada spesis lain di dalam keturunannya. Ini bermaknya, walaupun seekor hamster yg ada 12 generasi bergenetik campbell tulen, kalau ada walau satu pun Winter White dalam salasilah keluarga campbell tersebut, kesemua anak yg lahir seterusnya adalah hybrid walaupun kemungkinan genetik winter white dan pun hilang.

​

​

Tak sama ke macam breed dua ekor anjing baka lain-lain?

 

Banyak pemilik hamster yg tidak berpengalaman, tersalah maklumat, dan naif, termasuklah sesetengah pet shop yg cakap tak salah untuk breed Campbell dan Winter White sekali sebab lebih kurang sama je dengan breed dua ekor anjing seperti baka Labrador dan baka Alsatian. Sebenarnya salah.

​

Anjing boleh dibiakkan tanpa masalah sebab mereka adalah spesis haiwan yg sama tapi baka sahaja berbeza, secara biologinya, mereka serasi. Bagi Campbell dan Winter White pula, mereka mmg tak ditakdirkan utk berjumpa dan mengawan. Jadi, hasil daripada membiak mereka boleh memberikan masalah.

​

​

Jadi apa masalahnya?

​

Walaupun masih ada manusia yang anggap topik hybrid hamster ni sebagai leceh, tapi ada banyak sebab kenapa pembiakkan hybrid ini bahaya dan dianggap masalah besar.

​

Bagi ibu kepada anak2 hybrid ni, waktu melahirkan boleh menyebabkan ancaman kpd nyawanya sebab Winter White dan Campbell mempunyai saiz yg berbeza dan anak yg bakal lahir juga boleh berbeza saiz. Kadang2 semasa kelahiran, bayi hybrid boleh jadi terlalu besar bagi ibu untuk 'push' anaknya keluar dan menyebabkan ibu itu mati kesakitan dan boleh menyebabkan kematian anak2 tadi. Bagi sesiapa yg sudah mengalaminya, boleh menyebabkan trauma bila tengok dan dengar ibu hamster menjerit kesakitan dan takda apa yg boleh dilakukan utk bantu dia. Adalah mustahil utk lakukan pembedahan emergency C-section tapi peratus utk survive adalah tipis.

​

Bagi hybrid yang survive, masa depannya boleh jadi traumatic. Banyak yg lalui kehidupan normal. Tapi masih banyak yg terseksa disebabkan pembiakan hybrid.

​

Hybrid punya jangka hayat adalah lebih singkat daripada spesis hamster yg lain, secara purata hidup selama 12-18 bulan, atau akn ada pengecualian. Walaupun nampak mcm sihat masa beli kt petshop, mereka boleh dapat beberapa masalah kesihatan ketika hayatnya termasuk diabetes, masalah neurological. Beberapa masalah neurological telah dibandingkan dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) pada manusia. Di sini la bila mana pesakit tersebut ada pemikiran yg terganggu dan obsessive yg menyebabkan anxiety (cemas) yg tinggi dan boleh menyebabkn serangan panik (panic attack). Untuk elakkan ini, pesakit akan melakukan perbuatan seperti contoh membasuh tangan untuk hilangkan rasa cemas. Perbuatan ini lama kelamaan menyebabkan ianya berulang dan pesakit tiada pilihan selain kena lakukan perbuatan tersebut bila fikiran terganggu demi melegakan rasa cemas tersebut. Bagi masalah neurological pada hamster ianya masih tidak dapat dikaji dengan mendalam, masih belum pasti sama ada perbuatan mereka adalah disebabkan perasaan cemas itu. Namun, ia dianggap bahawa perbuatan berulang (cth stargazing, lari dlm bulatan) adalah disebabkan perasaan cemas kerana berfikir bahawa ianya berada dlm bahaya.

​

Perbuatan berulang yang selalu kita terjadi pada hybrid adalah termasuk 'back flipping', lari dalam bulatan, kepala senget (head-tilting), tarik bulu, 'star gazing' dan sikap agresif. Ada yang anggap benda ni lawak dan seronok tengok bila ada hamster yang buat benda macam ni, tapi bagi hamster tu sendiri adalah ibarat 'neraka' sebab mereka tak boleh nak berenti walaupun mereka memang nak sangat berenti. Bayangkan, kita asyik berlari dalam pusingan berulang ulang tanpa mampu berhenti tak kira betapa letih, haus, atau takutnya kita. Selalunya hamster yang jadi camni, takkan kekal lama bila dibeli. Selalunya akan dipulangkan balik pet store atau di letakkan di shelter (atau paling teruk, dibebaskan atau dibunuh), hanya kerana tuannya tak faham dan tak tahu cara nak menjaga hamster yang begini (hamster with special needs). Ada yang diabaikan sebab tuannya takut untuk luangkan masa dengan hamster begini.

​

Tolong ingat yang OCD dan aggression boleh jadi kat mana-mana spesis hamster tak kira umur berapa, tapi hybrid hamster paling berisiko/berisiko tinggi untuk kena. Dan mereka selalunya dilahirkan dengan masalah neurological (masalah di otak).

​

Akhir sekali, membiak hybrid ni boleh menyebabkan kepupusan kedua-dua jenis hamster Winter White & Campbell. Maksudnya, keuda-dua hamster yang mempunyai ciri-ciri, genetik, dan perangai yang berbeza ini takkan wujud lagi. Antara punca Campbell dengan Winter White masih wujud sampai sekarang adalah hasil daripada penjagaan dan dedikasi para breeders beretika yang fokus untuk breed hamster yang sihat dan menjaga keturunan hamster tersebut (pure lines). Kalau bukan sebab breeder-breeder ni dan show-show di UK setiap tahun yg mana membantu dalam mempromosi dan menempatkan hamster "pure line", sudah tentu masuk dalam list haiwan pupus dan WiWi dan Campbell ni.

​

Bagaimana nak hentikan pembiakan hybrid?

​

Cara paling mudah nak stopkan pembiakan hybrid ni adalah dengan berenti beli hamster hybrid. Bila tiada permintaan/pembelian, sudah tentu takda orang yang nak breed kan? Dan sudah tentu pet shop pun takkan jual dan supplier hamster hybrid ni pun takkan biakkan. Tapi malangnya, lebih mudah cakap dari buat. Sebabnya, boleh kata semua kedai haiwan di Malaysia atau luar negara, hamster Winter White atau Campbell ni sebenarnya hybrid. Memang 'rare' lah kalau dapat jumpa yang betul2 pure. Jadi, untuk elakkan daripada pembiakkan hybrid ni, kita seboleh bolehnya, elakkan daripada beli hamster ni daripada pet shop. Tapi ada pet shop yang letakkan hamster ni sebagai adoption, kita boleh la pilih yang tu. Duit pun tak keluar dan takda keuntungan pada pet shop, jadi, kita tidak memberi permintaan (demand).

​

Selain tu, boleh la offer diri untuk adopt mana2 hamster. Selalunya akan ada je orang yang nak cari tuan baru bagi hamsternya. Boleh juga cuba search mana2 shelter atau rescue yang berdekatan dan check kalau ada hamster yang perlukan rumah baru.

​

​

​

 

​

bottom of page