top of page

Pregnancy Crash Course

Guideline bagi 'Pregnancy Crash Course' diambil dan diolah bahasa daripada "Strong Brew Hamstery: Pregnancy Crash Course"

SBH's Crash Course bagi Kehamilan Hamster

​

Kalau korang rasa hamster korang mengandung, tolong baca info dibawah. Ia akan menjadi panduan ketika waktu penting seperti perkembangan, tanda-tanda, dan langkah yang patut diambil sepanjang tempoh mengandung dan selepas beranak. Tolong ingat bahawa Strong Brew Hamstery dan Bubble Pouch Hamster tidak menggalakkan pembiakan hamster yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Tolong gunakan guideline ni bagi kes seperti salah jantina hamster, hamster lepaskan diri, atau lain2 punca yg tidak disengajakan. Membiak hamster secara sengaja dan tanpa etika boleh menyebabkan kecederaan pada hamster dan anak-anaknya. Guideline ini akan membincangkan tentang kehamilan hamster Syrian.

​

Term yang patut anda ingat dan tahu

Pups - Bayi hamster dipanggil pups

Pinkies - Merujuk kepada tahap dimana pups/bayi hamster bewarna pink. 

Pigment - Warna yang muncul pada kulit pups.

Litter - sekumpulan bayi hamster bagi seekor mama hamster.

Gestation - tempoh kehamilan (contoh, manusia punya gestation selama 9 bulan)

Heat - Waktu dimana hamster betina sedia untuk mengawan.

Culling - Mama hamster akan bunuh dan makan anaknya kalau dia rasa terancam. Ini normal, dan kita tak perlu ganggu apa yg ibu tu buat.

​

Tanda hamster mengandung

Ketika mengandung, ibu hamster akan membuat sarang dengan lebih kerap atau banyak, kumpulkan makanan lebih dari kebiasaan, dan perangai akan berubah dari normal. Tapi mungkin agak susah nak perasan kalau korang baru je bawak balik hamster tu.

 

Hamster syrian mempunyai gestation/tempoh kehamilan selama 16 hari. Ada sites yang cakap 16-18 hari. Selalunya boleh nampak yang hamster ni mengandung pada hari ke-10. Bontot mereka akan mula mengembang/membengkak, dan nampak badan mereka macam buah pear/pir. Ada nampak macam bonggolan naik kat badan. Puting juga akan mula membengkak dan nampak dengan lebih jelas. (Reminder: Hamster syrian betina, terutamanya short hair, akan nampak putingnya sepanjang masa tapi kurang jelas berbanding ketika pregnant). Ini juga adalah salah satu tanda yang hamster akan beranak dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

​

Ketika hampir beranak (beberapa hari)

Pastikan hamster anda yang mengandung dapat makanan/diet yang seimbang. Hamster yang mengandung perlukan makanan yang berprotein tinggi daripada biasa, tapi JANGAN terlebih sangat. Bila bagi terlebih protein, nanti anaknya akan membesar lebih dari normal ketika dalam rahim. Ini boleh menyebabkan proses beranak menjadi susah. Hanya tambah sedikit protein, ia membantu bayi dalam kandungan membesar dengan normal dan ibu hamster juga dalam keadaan yang elok. Selepas sahaja pups dilahirkan, waktu ni la yg terbaik untuk tambahkn protein.

Antara cadangan untuk tambahan protein :

  • Ayam rebus

  • Mealworm

  • Esbilac/KMR

​

Kalau dapat bagi telur rebus atau tofu sebagai treats pun boleh tapi mesti diingatkan bahawa kedua-dua ini sahaja tidak cukup sebagai protein supplement memandangkan kandungan proteinnya rendah.

​

Selain itu, sila pastikan :

  • Sangkar dibersihkan 3 hari sebelum bersalin

  • Slide, tangga, platform, tube, gelung, atau apa2 barang yang berisiko untuk pups tersangkut MESTI dibuang. 

  • Sand bath atau tempat pee/poo mesti dibuang.

  • Roda dibuang.

Ini untuk memastikan keselamatan pups ni terjamin. Bebas dari sebarang ancaman kecederaan.

​

Selepas lahir

Berbeza dengan tikus atau mice, hamster ni dia akan bunuh anak dia kalau dia rasa terancam atau diganggu. Selalunya, hamster yang mengandung ni akan groom lebih dari biasa. Bagi ibu yang baru pertama kali lahirkan bayi, mungkin akan bercelaru otak dan mungkin akan biarkan anak2 di merata2 tempat. JANGAN kacau dan pegang pups tu. Bila kita kacau dan pegang, boleh membuatkan dia makan anak dia.

 

Pups selalunya dilahirkan pada waktu lewat malam, tapi ada je yang beranak waktu siang. Korang boleh letak tuala or kain di sangkar, pada bahagian/side si ibu tu buat sarang dia. Jangan tutup semua pulak ye. Dah letak kain tu, biar je dia settlekan diri dia sendiri. Korang cuma tukar air dan bagi makanan je. Pada waktu ni la elok bagi supplement banyak. Strong Brew Hamstery selalunya akan tambah esbilac dalam serbuk bubur dan kacau dengan air. 

​

Jangan kerap sangat intai dalam sangkar and jangan amik gambar. Semua ni boleh menyebabkan ibu hamser stress. Memang tak semua hamster sama, ada yang ok ada yang tak. Tapi secara umumnya, tolong jangan kacau mereka. 

​

Selepas 5 hari, pups akan mula ada pigment. Pada hari ke-8, mereka akan mula makan makanan yang ibunya bawak dan mereka juga akan makan tahi ibu mereka sendiri (yummy!). Semua ini normal. Elok untuk penghadaman, dan perut mereka. Pada waktu ni, Strong Brew Hamstery kebiasannya akan mula letakkan timun yang dipotong berdekatan dengan sarang, untuk hydration pada pups. Bila sampai hari ke-10, pups akan mula larikan diri dari sarang (atau cuba lari). Selepas hari ke-14, mereka akan mula merayap. Pada hari ke-14 hingga 18, mata mereka akan mula bukak. Bila mata dah bukak, selamat untuk korang sentuh baby hamster tuu. 

​

Memegang/angkat pups dan bersihkan sangkar

Pups ni memang tak boleh duduk diam. Mesti nak lompat je kerjanya. So, kita sebagai tuannya, angkat pups ni di atas alas yang lembut je mcm bantal ke, yela takut nanti pups ni lompat2 terjatuh. Sentiasa pastikan yang ibu okay je bila kita angkat anak dia. Bila dah bukak mata tu, kita boleh lah angkat pups ni. Boleh guna cara 'scoop' pups ni ke atas tapak tangan kita.

 

Kita dah boleh mula bersihkan sangkar mereka. Sediakan dua sangkar - satu untuk si ibu duduk degan makanan, dan satu lagi untuk baby2 dia (guna travel cage/carrier pun bleh). Letakkan ibu berseorangan dengan makanan dia (nak letak roda pun boleh tapi cuma pada waktu ni je). Bersihkan sangkar, kalau boleh jangan kacau sarang dia. Kalau kotor pun, mungkin bersihkan bawah dia je. Tak perlu buang semua bedding, yang mana tercemar or nampak kotor boleh lah buang. 

​

Bila sangkar dah bersih, letakkan ibu dalam sangkar asal dan biar dia explore dulu. Boleh gunakan peluang ni untuk pegang bayi hamster dan cuba tengok jantina mereka. 

​

Lepas tu, letakkan balik pups ni dengan mak mereka dalam cage asal tadi. Yay! anda berjaya lakukan pembersihan sangkar hamster anda. Selalunya SBH akan handle/angkat pups ni beberapa kali dalam sehari, mereka gunakan 'snuggle sack' buatan sendiri. Jangan lupa, penting untuk kita sediakan berikan supplement dalam diet harian mereka seperti bubur, makanan bayi, ayam, etc.

​

Weaning

Weaning ni maksudnya bila bayi hamster ni dah tak menyusu sangat dengan ibunya atau mudahnya berdikari. Bagi hamster syrian, mereka mula berdikari pada umur 3 minggu. Kadang-kadang, ibu akan teruskan menyusu macam biasa. Mungkin korang perasan yang maknya macam tolak anak-anak dia, ni maksudnya dia nak mereka gi main jejauh (shuhshuh! :P). Pada waktu/umur ni, pups ni akan kerap berebut atau bergaduh dengan adik beradik yang lain. Jangan risau, ini normal je. Korang jangan asingkan pula mereka daripada ibu ataupun adik beradik yang lain sampai lah mereka berumur 4 minggu (penerangan dibawah).

​

Pemisahan

Kadang-kadang, si ibu akan mula rasa sangat letih dan membuatkan dia berenti jadi ibu yg baik pada anak-anaknya. Haa waktu ni kena lah asingkan awal daripada kebiasaan. (SBH pernah asingkan si ibu pada umur 25 hari). Kalau ibunya takda marah2 anak dia, biar je dia duduk sampai umur anak dia dah cecah 28hari. Samada nak pindahkan ibu ke sangkar lain atau pindahkan anak2 dia ke sangkar lain, mana2 pun boleh. Waktu ni jugaklah kena asingkan anak2 nya mengikut jantina. Yang jantan masuk sangkar lain, yang betina sangkar lain. Kalau ragu-ragu, letakkan je di dalam sangkar pups jantan. Sebabnya , lebih baik seekor je yang pregnant daripada semua hamster betina mengandung sebab silap letakkan si jantan dalam cage hamster betina.

 

Roda pun dah boleh bagi dah kat pups ni. Kalau boleh, double check jantina hamster anda untuk pastikan jantina tu betul. 

 

Bila dah cecah umur 6 minggu, pelan-pelan dah boleh asingkan mana-mana hamster yang selalu timbulkan masalah - buli, gaduh, serang hamster lain. Korang kena la pandai bezakan antara bermain atau bergaduh betul. Bila dah cecah 5 minggu, boleh dah mula perhatikan tanda2 bergaduh.

Bermain - Mereka akan bergolek atas satu sama lain. Tak gunakan gigi, dan takda kecederaan berlaku. Mungkin ada bunyi tapi tak teruk. (video contoh) 

Bergaduh - Bila gaduh, mereka akan gunakan gigi untuk gigit hamster lagi satu, dan selalunya ada aksi kejar mengejar. Kalau nampak ada luka pada hamster, atau dia kurang makan, perangai berubah, asingkan secepat mungkin! (contoh video)

Boleh nampak ada perbezaan dari segi bunyi dihasilkan.

​

Penempatan semula/rehoming

Rehoming ni kita beri hamster pada orang yang nak atau open adoption. Tanyalah kawan-kawan ke, saudara mara ke kot2 diorang nak. Boleh post kat facebook atau mana-mana website. Pastikan orang yang nak adopt nanti tahu pasal penjagaan hamster yang betul ye, atau nasihatkan diorang pasal penjagaan hamster yang betul. Pilih lah orang yang betul2 sesuai. Bayaran tu, terpulang sama ada nak amik atau tak (ini bukan lesen untuk jadi breeder tak bertauliah dan menjual hamster ye), tapi better kenakan bayaran baru lah adopter tu tak pandang remeh benda ni, dan sebenarnya akan jaga dengan baik hamster korang. Bila dah umur 6 minggu barulah boleh bagi pada adopter tu. Bagi lah sekali sedikit bedding dari cage dia, dan makanan yang dia selalu makan. Jangan pisahkan terlalu awal, hamster2 ni perlu belajar untuk jadi hamster dari adik beradiknya juga.

​

Hand raising (jaga sendiri)

Selalunya mesti ada 'runt' dalam satu litter ataupun ada je pup yang diabaikan dari sarang tu. Daripada korang angkat dan letak balik baby tu kat sarang dia, lebih elok kalau korang umpan je mak dia pergi ke anak dia tu. Kalau dia perasan and angkat masuk sarang balik, baguslah. Kadang-kadang kita terpaksa jaga sendiri baby hamster tu. Kena prepare dari segi mental dan fizikal, sebab hamster ni bukanlah sesuai untuk dijaga oleh manusia/hand raising. 

​

korang perlukan:

  • Heating pad

  • Bebola kapas

  • Berus lukis atau span makeup

  • Esbilac atau KMR (susu tepung)

Korang kena suapkan makanan setiap 1-2 jam. Ikut je cara buat esbilac atau KMR tu dan guna samada berus lukis atau span makeup untuk suapkan susu. Ni boleh bantu supaya baby hamster tak tersedut susu tu ikut hidung. Bila dah siap suap tu, kena ransang dia punya usus pulak. Ibu2 hamster atau kucing selalunya akan jilat bontot anak dia untuk ransang usus. Pastikan mereka tak kesejukan, gunalah heating pad atau sebotol air suam letakkan berdekatan. 

​

Compilation / masalah

Bila mengandung ni, kadang2 akan ada beberapa masalah. Masalah ni selalunya terjadi pada hybrid, salah satu sebab kenapa hybrid ni berisiko tinggi.

​

Perhatikan tanda-tanda ni ketika/selepas beranak:

  • Bunyi (macam jerit) daripada ibu.

  • Darah yang banyak

​

Kena bawa si ibu hamster ke vet dengan segera! Mungkin ada baby hamster yang sangkut dan pembedahan c-section mungkin perlu dilakukan. Jarang untuk ibu hamster terima anaknya selepas pembedahan.

​

Selepas pups/anak dilahirkan, perhatikan tanda-tanda ni pada ibu hamster:

  • Puting kebiru-biruan

  • perut bengkak atau ada lendir/nanah keluar dari kemaluan.

​

Kalau ada salah satu dari simptom-simptom ni, maknanya sila lah bawa hamster anda ke vet. 

​

​

​

​

NOTE : Janganlah breed hamster anda sesuka hati tanpa ada apa2 persediaan. Persediaan dari segi wang untuk vet, sangkar lebih (minimum 450sq inches), masa untuk jaga hamster anda, pengetahuan tentang genetik, tahap kesihatan hamster, temperament,  dan lain2. 

​

​

​

​

​

​

​

bottom of page