top of page

Winter White Dwarf Hamster

Kredit  : https://erinshamsters.wixsite.com/hamsters/winter-white-dwarf

Diolah bahasa dari Erins Hamsters : Winter White Dwarf

​

Winter White Russian dwarf hamster (Phodopus sungorus) juga

dikenali sebagai Siberian Hamster atau Djungarian Hamster atau Wiwi.

​

Winter White adalah salah satu daripada tiga spesis dalam gene Phodopus. Ianya berbentuk seperti bola dan lebih kurang separuh daripada size Syrian Hamster. Ciri-cirinya adalah jalur yang tebal, berwarna kelabu gelap dan kakinya berbulu. Di habitat liarnya, bila musim sejuk datang dan waktu siangnya singkat, bulunya yang gelap akan bertukar menjadi keputihan. Tapi, di dalam kaptiviti, penukaran warna bulu ni jarang nampak.

​

Lapisan bulunya adalah kurang 'woolly' (berbulu) berbanding Campbell dwarf hamster. Selain daripada warna normalnya, Winter White boleh berwarna sapphire, sapphire pearl, normal pearl, merle dan imperial white. Muncung hidungnya lebih pendek dan lebih petak daripada Campbell dan badannya juga lebih bulat dan berbentuk seperti telur. Winter White lebih besar daripada Campbell dan adalah spesis dwarf yang paling besar.

​

Seperti Winter White, mereka ada 28 kromosom. Oleh sebab itu kedua-dua spesis hamster ni adalah satu-satunya spesis yang boleh 'interbreed' dan lahirkan hamster hybrid. Menghybridkan spesis ini secara sengaja adalah sangat tidak beretika dan amat tidak digalakkan. Sebab anak yg lahir selalunya banyak masalah kesihatan. Hybrid juga adalah bahaya kepada ibu, anak, dan kedua-dua spesis tesebut.

​

​

​

​

 

​

bottom of page