top of page

Chinesse hamster

cling-ham-website.jpg

Chinese hamster berpaut pada jari manusia menggunakan keempat-empat kakinya. Comel kan.

Kredit : https://erinshamsters.wixsite.com/hamsters/chinese

Diolah bahasa dari Erins Hamsters : Chinese Hamsters

​

Nama-nama lain termasuk;

Chinese Dwarf Hamster

Chinese hamster (Cricetulus griseus), adalah satu spesis hamster yang berasal dari gurun di utara China dan Mongolia. Chinese hamster mempunyai 22 kromosom.

​

Chinese hamster ada tiga variasi, jenis normal/wild, dominant spot, dan black-eyed white.

Panjang bagi badan hamster dewasa adalah 8-12cm dan panjang ekor adalah 2-3cm. Purata jangka hayat adalah 2-3 tahun. Chinese hamster punya badan nampak lebih "panjang dan kecil" berbanding spesis hamster lain dan Chinese hamster ni ekornya lebih panjang.

 

Chinese hamster selalu dipanggil "dwarf" sebab saiznya yang kecil. Tapi sebenarnya tidak. Chinese hamster adalah tidak termasuk dalam genus phodopus dan ianya solitary, memilih untuk hidup alone, seperti hamster Syrian.

​

Salah satu ciri yang menarik adalah suka berpaut pada jari kita dengan keempat-empat paws dia. Mereka dikenali dengan 'sticky feet' (kaki melekit) dan lebih suka memanjat berbanding hamster lain. Disebabkan ini, ramai orang yang memilih untuk letakkan Chinese hamster mereka dalam bekas plastik atau kaca untuk elakkan berlaku kemalangan dan kecederaan disebabkan memanjat terlalu tinggi dan jatuh.

​

Chinese hamster mudah kena diabetes. Jadi, amat penting untuk beli makanan berkualiti tinggi bagi hamster yang mudah kena diabetes ni. Sebab makanan yang murah dan tak berapa branded, selalunya tinggi dengan gula dan banyak kandungan makanan diproses. Makanan/treats yang tinggi gula perlu diberi dengan minimum atau elakkan. 

​

Chinese hamster sesuai untuk semua tapi the best untuk remaja atau dewasa. 

​

 

​

 

​

bottom of page