top of page

apa itu ethical breeder/breeder yg beretika

Breeder yang beretika adalah mereka yang breed hamster dengan sebab yang betul, dan lakukannya dengan pengetahuan/ilmu dan sokongan yang cukup. Hamster mereka dilayan dengan baik, bermaruah, dan hormat tak kira umur berapa. Paling penting, mereka bertanggungjawab pada semua hamster yang mereka breed.

​

Di bawah adalah guideline atau panduan mencari breeder yang beretika atau breeder berkualiti tinggi.

 

​

​

1. Haiwan di Pet Shop

​

Apa perlu dilihat: Seorang breeder yang beretika tidak akan menggunakan haiwan yang dibeli daripada petstore untuk dijadikan induk. Hamster daripada pet store selalunya akan ada masalah kesihatan, masalah genetik, dan ada kombinasi genetik yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. 

​

Tambahan pula, dengan beli hamster dari pet store secara tak langsung menyokong 'rodent mills' -- yang mana kita patut banteras. Untuk dapatkan genetik dan corak yang dikehendaki memerlukan kesabaran dan masa. Sudah menjadi kewajipan bagi ethical breeder untuk membuatkan spesis hamster menjadi lebih bagus, lebih baik, lebih sihat, tak kira dari segi fzikal atau mental.

​

Apa anda boleh buat: Anda perlu tanya tentang ibubapa bagi anak2 yang anda hendak adopt/beli. Breeder yang bagus selalunya akan reply dengan gambar kedua ibubapa bagi hamsternya, disertakan dengan warna/corak yang tepat. Pastikan breeder tersebut tahu salasilah bagi hamsternya. 

​

2. Penjagaan yang betul

​

Apa perlu dilihat: Walaupun ada banyak haiwan, setiap satu haiwannya perlu dilayan dengan rasa hormat. Hamster bukan kuli kita, mereka tak layak dilayan seperti itu. Tengok standard yang sama seperti anda perlu ikut -- saiz sangkar perlu 450square inches atau lebih, roda perlulah sesuai dan selamat, mainan perlu disediakan, makanan dan minuman perlu sentiasa ada. Ya, kesemua ini perlu WAJIB ada dalam setiap sangkar hamster breeder tersebut. Selain itu, kesemua hamster syriannya perlu diletakkan berasingan apabila mencapai umur 6minggu (seekor hamster satu sangkar).

​

Apa anda boleh buat: Kalau nak tahu tahap kualiti penjagaan hamster daripada breeder tersebut, boleh mintak gambar sangkar(dalaman). Kebanyakkan breeder punya hamstery ni dilakukan dalam rumah, ianya okay kalau keadaan or susunan sangkar tidaklah secantik mana, asalkan kelengkapan bagi hamster itu dipenuhi.

 

3. Tujuan etika yang jelas  

​

Apa perlu anda lihat: Tujuan disebalik breeding hamster bukanlah demi wang semata-mata. Selain tu, bukan bertujuan experiment sesuka hati, atau hanya nakkan cucu cicit yg comel. No no no no. 

​

Seperti yg dikatakan, breeder yang beretika melakukan ini dengan tujuan untuk menambah baik kondisi/keadaan spesis hamster secara keseluhurannya, dari segi fizikal dan mental. Mereka faham bahawa setiap litter(anak2 hamster) perlulah ada penambahbaikan daripada ibubapanya. Mereka akan terus menerus untuk menambah baik ciri-ciri tersebut untuk melahirkan hamster yang lebih sihat atau sempurna. 

​

Apa anda boleh buat: Tanya! Kalau korang berminat nak beli/adopt daripada breeder, tanya apa tujuan mereka breed. Mungkin tujuannya berbeza bagi setiap breeder, tapi asasnya tetap sama, untuk melahirkan hamster yg sihat, berkualiti dan sebagai alternatif daripada 'rodent mills'.

​

Elakkan daripada penjual hamster "warna rare", atau menjual hamsternya dengan harga berlainan berdasarkan corak/warna. Breeder seperti ini selalunya breed hamster dengan tujuan wang ringgit. Warna "rare" takdalah sampai habis banyak masa dan sumber untuk dpatkannya, hanya perlu tahu genetik yg dibawa hamster tu je, dan boleh didapati melalui warna yg "common". Hamster yang betul2 bernilai dan "rare" perlu dijaga oleh breeder untuk dijadikan induk. Rare disini bermaksud - temperament/perangai hamster tersebut yang sangat bagus, keadaan fizikal hamster, keadaan kesihatan hamster. 

​

4. Overbreeding - breed secara berlebihan

​

Apa anda perlu lihat: Breeding ni komitmen jangka masa panjang. ianya satu proses berterusan yang mengambil masa dan perhatian untuk dibangunkan. Oleh itu, breeder hanya perlu breed jika perlu sahaja. Breeder yang beretika perlu maintain satu 'waitlist' -- senarai adopter/pembeli yg mahu adopt/beli dari anda -- yang mana diyakini mampu memberi penjagaan yang baik untuk hamster perlu disenaraikan dalam 'waitlist'. Breeder perlu breed bila dah cukup orang di dalam 'waitlist' untuk pastikan kesemua anak hamster mendapat adopter mereka. Atau kalau tidak, bersedialah untuk jaga anak-anak hamster ini sendiri. 

​

Kadang-kadang, ada adopter dari 'waitlist' ni tiba2 tarik diri, taknak adopt pulak. Masa ni breeder boleh pilih samada nak iklankan hamster mereka. Dinasihatkan untuk breeder iklankan melalui media social seperti Facebook page atau website. Atau boleh letak di Mudah, atau Facebook Marketplace, walaupun kedua-dua laman ini tidak berapa disarankan, kalau adopter mampu untuk beri penjagaan yg betul dan mengikut guideline, okay lah tu. Jangan main bagi sesuka hati lak ye, bagi pada yg mampu bertanggungjawab.

​

Apa anda boleh buat: Join lah 'waitlist'. Ini bermaksud breeder tersebut bertanggungjawab dengan breed hamsternya yang perlu sahaja, ini untuk pastikan setiap anak-anak hamster ini dapat adopter masing-masing. Anda boleh guna lama lain selain mudah atau marketplace -- boleh cuba check Facebook group/pages, atau instagram. Akhir sekali, tanya pasal diorang punya cara breed. Kalau diorang ada terlalu banyak hamster untuk dijaga dengan betul atau terlalu banyak litters, maknanya ada lah tu yang tak kena. 

​

*satu litter bersamaan dengan sekumpulan bayi hamster yg lahir dari satu ibu hamster. Contoh: Seekor syrian melahirkan 8 ekor bayi. 8 ekor bayi terebut bersamaan satu litter. 

​

5. Breeding age - umur hamster yg di breed

​

Apa anda perlu lihat: Hamster tidak sepatutnya di breed pada umur bawah 4 bulan. Tak bagus untuk kesihatan hamster. Hamster betina yang berumur lebih dari 1 tahun atau 10 bulan juga tak patut di breed atas sebab kesihatan. Stress bila mengandung dan membesarkan anak-anak ni pun dah cukup untuk mempengaruhi tahap kesihatan ibu hamster tersebut. Kita boleh lihat hubungan antara berapa banyak kali hamster di breed dan berapa panjang jangka hayat dia. 

​

Disebabkan jangka hayatnya yg singkat (2-3 tahun), hamster betina tak sepatutnya ada lebih dari dua litter atau dengan kata lain, tak sepatutnya di mating/breed lebih dari dua kali. Ibu perlu lah diberi masa untuk rehat selepas beranak tu. So secara umumnya, waktu first breed/mating tu bila umur dah 4 bulan, kemudian rehat masa umur 6 hingga 10bulan, dan breed kali kedua pada umur 10 bulan pula. 

 

Kita patut berusaha melahirkan hamster yang sihat dan berkualiti. Breed hamster sama berulang ulang juga boleh buatkan hamstery tu jadi tidak berkualiti. Ini menunjukkan masalah dari hamstery itu sendiri, kurang pengetahuan tentang genetik, tiada atau kurang induk yang betul2 berkualiti, atau ada inbreeding. Takda alasan yg munasabah untuk breed hamster lebih dari dua kali. 

​

Apa anda boleh buat: Tanya dan perhatikan. Korang boleh tanya elok2 "berapa banyak litter hamster betina boleh ada" atau "berapa kali hamster betina patut mengandung". Breeeder yg beretika akan jawab dua kali atau kurang, serta bagi penjelasan lebih kurang sama seperti yg dibincangkan di atas. Jangan lupa, perhatikan media social ada website breeder tersebut. Mungkin korang boleh agak berapa kali hamster betinanya sudah di breed/matingkan. Mungkin juga korang boleh tahu maklumat lain seperti cara breeder tersebut jaga hamster hamsternya.

​

6. Ketelusan

​

Apa perlu anda lihat: Seorang breeder yang beretika akan berinteraksi dengan public dan menjadi inspirasi untuk berubah kearah kebaikan. Breeder perlu memberi nasihat cara penjagaan hamster yang betul. 

​

Breeder yang telus lebih 'open' untuk terima soalan dan jawab dengan jujur. Dengan facebook page, insta atau apa2 media social, orang awam boleh tengok apa yang jadi kt breeder tu punya hamstery, dia jaga dengan elok kah? Dia bagi penjagaan yang betul kah? Adakah dia mengikut guideline atau kod etika breeder? Breeder yang telus sudah tentu breeder yang beretika. 

​

Apa anda boleh buat: Sokong breeder yang telus dan beretika. Kalau korang jumpa breeder yang korang tau dia tu breeder beretika hanya dengan tengok facebook ke website ke, pilihlah dia dan sokong dia. Korang boleh je tanya soalan sama seperti "berapa cage yg awak guna?" , "berapa banyak kali hamster betina dibenarkan untuk mengandung?" atau soalan2 lain. Breeder yang telus, dia akan jawab je tanpa marah2 atau tengking2 atau perli2. 

bottom of page