top of page

kod etika

California Hamster Association (CHA) dan Bubble Pouch Hamstery menganggap breeding adalah perkara serius. Kami membuat kod etika ini daripada Ontario Hamster Club dan IHANA, dengan kebenaran daripada mereka.

​

​

Fahami tanggungjawab dan komitmen

  • Breeder kena faham yang dia sedang berurusan dengan makhluk bernyawa, tak boleh pandang remeh tentang ni. Jadi, breeder kena sanggup meluangkan masa dan usaha untuk belajar tentang penjagaan yg betul dan genetik haiwan yang mereka akan gunakan.

  • Breeder kena faham yang penjagaan haiwan-haiwan ini memerlukan banyak perhatian lebih daripada kebanyakkan pet owner (pemilik haiwan peliharaan), dan breeder perlu berusaha untuk setkan standard untuk pastikan haiwan mereka enjoy kualiti kehidupan yang paling tinggi.

  • Breeder perlu amik kira kemampuan diri dari segi masa, wang, dan tenaga. Pastikan haiwan yang dijaga dan dibiak masih di bawah kemampuan diri. Mereka takkan breed haiwan lebih dari apa yang mereka mampu sediakan (sangkar yg betul, roda yg sesuai, bedding tebal).

​

​

Penjagaan litters/bayi hamster

  • Mak dan anak-anaknya tidak diganggu kecuali sebab tertentu (seperti beri makanan) sehingga lah mata anak-anaknya dah bukak. Sebelum mata mereka dah buka, jangan angkat atau sentuh langsung anak2.

  • Gambar pups/anak2 sebelum matanya buka tidak akan di post di mana2 website atau media sosial. Ini boleh menggalakkan breeder tak berpengalaman untuk ganggu anak dan mak hamster,

  • Anak-anak perlu sudah pandai berdikari dan diasingkan mengikut jantina apabila mencecah umur 4minggu. Selepas 6 minggu, hamster syrian perlu diasingkan - satu cage satu hamster. 

  • Pastikan sudah ada adopter/rumah baru bagi hamster sebelum breeding. Boleh guna private adoption, jual kepada pet store yang reputabe, trade dengan breeder beretika yg lain, atau duduk dengan breeder asal. Baby hamster yang perlukan penjagaan special (runts, kecacatan, etc.) perlu tinggal dengan breeder kecuali kalau ada adopter yang sudi berikan penjagaan yg betul kpd mereka.

  • Kalau tak dapat cari adopter untuk kesemua bayi hamster, mereka perlu dijaga oleh breeder tersebut sehingga dapat adopter.

​

Pemilihan hamster yg dibiakkan

  • Semua haiwan yang dibiakkan mestilah dalam keadaan yang sihat dan bebas dari kecacatan yang boleh diwarisi. Memandangkan hasil(anak) dari breed hamster ni akan dijadikan sebagai induk atau haiwan peliharaan, breeder perlu faham perbezaan antara natural temperament dan tame(jinak) temperament. Breeder perlulah memilih haiwan yang ada temperament yang bagus seperti jinak, kesihatan, bentuk fizikal, dll. 

  • Hamster betina tidak boleh di breed pada umur bawah 4 bulan, dan lebih dari umur setahun. Tiada hamster betina yang dibenarkan untuk di breed lebih dari dua kali.

  • Para breeder perlu ada pengetahuan yg bagus tentang genetik dan perlu elakkan daripada breed pasangan yang tidak bagus. 

​

Penjagaan hamster yg dibiakkan/induk

  • Memandangkan breeder perlu untuk berikan contoh penjagaan haiwan yang berkualiti tinggi, breeder yang beretika juga perlu sediakan standard sama tentang penjagaan yang betul kepada pemilik haiwan peliharaan. 

  • Sangkar perlu luas, minimum 450sq inches atau lebih, kecuali sangkar untuk proses penjinakkan atau travel cage, minimum adlah 360sq inches.

  • Makanan berkualiti tinggi perlu disediakan sepanjang masa. CHA mencadangkan Harlan Teklad 8640, tapi apa2 lab block berprotein tinggi boleh digunakan. (Bubble Pouch cadangkan Labdiet 5001 memandangkan itu sahaja yg ada buat masa sekarang di Malaysia).

  • Hamster perlu sentiasa berinteraksi dengan manusia dan perlu ada waktu di luar cage. (playpen, hamster-proof room).

  • Hamstery Syrian MESTI diletakkan sendirian selepas umur 6minggu. Semasa mating, hamster syrian perlu diletakkan di tempat neutral (sangkar yg bukan milik mana2 hamster) dan perlu dibawah pemerhatian breeder. Selepas selesai mating, kedua-dua hamster tersebut perlu diletakkan semula di dalam sangkar masing-masing.

​

Etika Bisnes

  • Breeder perlu meletakkan harga yang sama bagi semua hamster. Warna atau corak "rare" tidak wujud: kecuali yang betul2 bagus perlu dipinjamkan atau tinggal bersama breeder.

  • Istilah yang betul perlu digunakan, kecuali bertujuan untuk pastikan/tentukan hamster. Contohnya, Syrian hamster perlu dipanggil dengan nama Syrian hamster - nama seperti "teddy bear", "fancy bear", "black bear", "calico", dan lain2 adalah mengelirukan dan salah. Hamster Dwarf perlu disenaraikan mengikut spesis - Roborovski, Winter White, atau Campbell. Kalau hamster tersebut adalah hybrid (di Malaysia ada hybrid), perlulah dimaklumkan. Selain itu, penggunaan nama "purebred" adalah diragui dan tak patut digunakan. (kecuali dengan pedigree).

  • Kalau boleh, elakkan guna laman web seperti Mudah, Carousell, Facebook Marketplace dan lain2 lagi sebagai medium penjualan. Memang laman-laman seperti ni bagus lebih2 lagi breeder yang baru, tapi penggunaannya patut diminimumkan memandangkan kebanyakkan pembeli/adopter daripada laman-laman seperti ni kemungkinan besar tidak tahu apa2 tentang penjagaan hamster atau lebih teruk, tidak mahu ambil tahu tentang penjagaan hamster yang betul. Adalah digalakkan untuk guna website sendiri atau page bisnes ni media sosial sendiri. 

​

Aftercare 

  • Jika hamster anda hendak dijual/open adoption, sila pastikan pemilik baru hamster anda dapat menyediakan dan memberi penjagaan yang terbaik. Pastikan pemilik baharu sediakan sangkar dan pemakanan yang sesuai dan bagus. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan borang untuk diberi pada si adopter/pemilik baharu sebelum memberikan hamster anda. 

  • Jika anda hendak letakkan hamster anda di pet store, pastikan pet store itu mengikut etika dan mampu memberikan penjagaan hamster yang betul. Breeder perlu pastikan yang pekerja di pet store itu ada pengetahuan dalam penjagaan hamster yg betul dan maklumat tersebut dapat di beri pada pembeli yg bakal membeli hamster anda. 

  • Breeder yg beretika/ethical breeder perlu berikan sokongan dan panduan pada hamsternya serta adopter. Breeder perlu lah sentiasa ada untuk jawab soalan atau apa2 keraguan dari adopter. Selain itu, breeder perlu bersedia untuk menerima kembali hamster dari adopter. 

​​

​

bottom of page