top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

DIY Hamster Wheel

Updated: Jul 26, 2019

Roda adalah salah satu mainan atau peralatan yang paling penting dan wajib untuk hamster.

Tapi, malangnya, kebanyakkan roda-roda yang bersaiz besar di pasaran adalah mahal. Contohnya, satu roda bersaiz 21cm, harganya dalam lingkungan RM40 keatas mengikut jenama, dan bahan roda itu diperbuat.


Yus atas roda DIY bersaiz 30cm

Bagi mengatasi masalah ketidak mampuan untuk menyediakan roda yang bersaiz besar bagi hamster anda, anda boleh buat sendiri roda tersebut. Kos bagi pembuatan roda DIY ni pula adalah sangat rendah.


 

BAHAN YANG DIPERLUKAN


Roda


Ini antara barang yang wajib ada untuk buat roda sahaja. Tak termasuk kaki lagi.



1 - Besen.

Besen ni beli dekat kedai Eco rm2 pun ada, Mr D.I.Y pun ada. Saya beli besen bersaiz 25cm dekat kedai Eco, harga RM2.10 dapat dua besen. Kat kedai Mr D.I.Y pula saya beli besen bersaiz 30cm, harga RM3+ sebiji.


2 - Bearing

Bearing ni saya beli kat kedai baiki moto. Pegi cakap nak saiz (tunjuk guna jari). Besar sikit dari syiling 50sen lama je. Saya lupa nak tengok saiz apa kat kotak dia. Harga RM4+ sebiji.


3 - Screw/Shaft , Nut , dan Washer

Yang ni beli kat kedai baiki moto jugak.

Shaft - satu

Nut - dua

Washer - lebih dari dua.

Harga bagi ketiga tiga ni dalam RM5 ikut je.


Kaki (Stand)


Yang ni ada dua cara. satu menggunakan pipe PVC dan satu lagi guna kayu. Saya guna papan pemotong dari kedai Eco je.

Pipe PVC - harga tak pasti tapi bawah RM10. Ikut size dan tebal.

Connector - harga bawah RM1 atau lebih utk sebiji. Ikut size.

Papan Pemotong - RM2.10






Papan pemotong


Pipe PVC dengan connector

Peralatan yang digunakan (Tools)


Soldering iron - RM9 ke RM15. Saya beli kt lazada. Beli sini

Hot glue gun - RM9 ke RM20. Boleh beli kat hardware, online shop, etc.

Beberapa skru

Drill

Gergaji kayu


 

Cara-caranya:



Mula-mula sekali, amik bearing dan letakkan di tengah2 besen tu. Lepastu tandakan keliling bearing tu atas besen guna marker pen.



Panaskan alat solder tadi. Tunggu biar betul2 panas dulu.

Lepastu boleh lah tebuk lubang di dalam garisan tadi macam saya buat ni. Terpulang lah nak buat macam mana pun cara.



Tadaa. Siap sudah. Lepastu masukkan bearing.

Adjust bearing bagi betul2 rata, jangan senget-senget bearing tu ye.



Guna hot glue gun dan gam lah keliling bearing tadi. Kedua dua permukaan ye, dalam dan luar.


Dan siap lah roda. Okay next step, kakinya pulak (stand).

 

Yang ni ada dua cara, satu guna pipe PVC dan satu lagi papan pemotong.


PIPE PVC


Potong mengikut citarasa masing-masing. Agak dia sudah stabil tu okay lah tu.

Cantumkan bagi jadi macam ni, yang pipe menegak tu saya condongkan kebelakang sikit. Agak dalam 15°. Lepastu boleh gam gunakan hot glue gun atau guna PVC punya gam.



Jangan lupa, drill atau guna alat soldering tadi untuk buat lubang di tiang pipe PVC tu. Ikut saiz screw/shaft yang dibeli. Yang ni saya guna alat soldering tu je.


 

PAPAN PEMOTONG



Papan pemotong tu saya bahagi dua guna gergaji. Satu besar sikit dari yang satu lagi. Lepastu, drill lubang yang dekat kayu yang saiz kecil.


Yang ni agak mencabar sikit. Saya guna skru untuk bagi kaki dia berdiri. Mula2 drill dulu guna mata alat yang kecil, lepastu, secara manual, masukkan skru tu.

Dan siappp.



Masukkan washer depan dan belakang, dan 'kunci' guna nut.


14 views0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Comments


bottom of page