top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'.

Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred tapi amat-amat tidak digalakkan untuk breed WinterWhite dan Campbell.

Walaupun mereka haiwan sosial, tetapi bukanlah menjadi keutamaan kerana mereka mampu dan boleh je untuk hidup sendirian.


Hamster dwarf adalah hamster yang sosial yang mana dia boleh untuk tinggal dalam koloni atau berkawan (sama jantina). Walaupun begitu, seeloknya diletakkan sekali hamster tu bila umur mereka masih muda lagi, 8 minggu ke bawah, so diorang akan membesar dan matang bersama-sama. Ini untuk pastikan kebarangkalian untuk diorang mahu duduk berkawan/berkumpulan adalah tinggi. Kalau nak beli, seeloknya beli yang duduk dalam satu cage yang sama. Bila seekor dwarf dah biasa duduk sendirian, agak susah bila nak campurkan dengan kawan baru. Jadi, kalau hamster tu memang duduk berdua dan tiba2 kawannya mati, seeloknya cari secepat mungkin pengganti baru atau biarkan je dia duduk seekor. Tapi kalau hamster korang dah umur lebih setahun, dan kawannya mati, seeloknya tak perlu lah untuk carikan dia kawan, biarkan je dia seekor.


Walaubagaimanapun, ada juga dwarf hamster yang tak mahu duduk berkawan/berkumpulan, atau yang tiba2 sahaja bergaduh, walaupun dah berbulan duduk sekali. Kalau benda ni berlaku, korang wajib untuk asingkan hamster korang. Antara tanda stress termasuk: ada luka berdarah, ada kejar mengejar, ada bunyi jerit-jerit, kehilangan berat badan, hamster jadi takut, hamster mudah terkejut bila kita sentuh, dan lain2. Tanda-tanda ni juga boleh jadi simptom untuk masalah lain, so korang kena perhati betul2 apa yang berlaku and analisis situasi.


Untuk bela hamster dwarf secara berkumpulan/berkawan, kena pastikan setiap barang keperluan mereka cukup bagi setiap ekor hamster yang ada dalam cage, dan cage juga perlulah luas.

Contoh ada dua ekor hamster roborovski, kena sediakan dua roda, dua bekas makanan, dua rumah, dua botol air, dan paling penting, sangkar kedua yang bersaiz 450sq inches atau lebih, untuk berjaga-jaga kerana takut berlakunya fall out (hamster bergaduh).




2 views0 comments

Recent Posts

See All

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Sangkar Hamster Berbau

"kenapa sangkar hamster saya bau kuat sangat?" "macam mana nak bagi hilang bau busuk kt sangkar hamster ni?" Hamster adalah haiwan yang...

Commentaires


bottom of page