top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

Hamster, sesuai ke untuk korang?

Updated: Nov 3, 2019

Artikel ini diambil dan dialih bahasa daripada Erin Hamsters


Adakah hamster ni haiwan peliharaan yang sesuai untuk korang?

Sebelum korang buat keputusan untuk dapatkan hamster, korang kena pastikan dulu sesuai ke hamster untuk korang, atau mampu atau tak untuk korang nak tanggung. Walaupun hamster ni harga murah je, tapi nak beli barang keperluan dia tu sebenarnya mahal, anggaran RM80-RM150 atau lebih lagi. Selain tu, walaupun hamster kecil je, tapi nak jaga dia bukanlah semudah disangka.


Ada tak duit dan ruang untuk saiz sangkar yang betul?

Kebanyakkan petshop akan jual sangkar hamster yang sangat-sangat tak sesuai untuk hamster. Terlalu kecil walapun untuk seekor hamster. Saiz palingggg minimum bagi keluasan tapak sangkar hamster adalah 70x40cm. mengikut standard daripada US pada tahun 2016. Tapi, saiz minimum tu pun takdalah besar mana nak dibandingkan dengan apa yg sebenarnya hamster tu perlukan. Hamster lebih seronok dan banyak manfaat dia dapat kalau diletakkan dalam cage yang luas. INGAT- hamster lebih sukakan sangkar yang LUAS dan bukannya tinggi bertingkat-tingkat.


Banyak contoh sangkar yang luas seperti storage box, rak buku kayu tu, IKEA detolf, IKEA samla, atau DIY sendiri.



Ada tempat tak nak letak sangkar hamster?

Hamster seelok eloknya diletakkan kt tempat yang tak bising sangat spt ruang tamu, yg mana selalunya ada la bunyi TV, bunyi kanak-kanak, atau manusia bersembang. Lebih digalakkan untuk letak dalam bilik atau tempat yang mana taklah terlalu bising seperti bilik tidur ke. Tapi bersedia je lah dengan bunyi bising yg hamster akan buat. Hamster ni spesis haiwan nocturnal, maknanya selalu aktif pada waktu malam. Diorang akan lari atas roda, lari sana, lari sini, buat bising.



Ada masa untuk bermain setiap hari?

Banyak hamster yang perlukan interaksi sosial dengan pemiliknya sekurang-kurangnya sekali sehari. Korang boleh gunakan masa ni untuk jinakkan dia, main dengan dia. Ada juga sesetengah hamster yang tak suka dipegang selalu, tapi korang tetap kena luangkan masa dengan dia sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu. Korang boleh sediakan playpen, letakkan mainan-mainan dia dlm playpen tu.


Paling penting, hamster ni kan aktif waktu malam, jadi korang kena la mampu untuk berjaga pada waktu malam atau bangun awal2 pagi utk main dengan hamster korang. Lagi kerap korang main ngan hamster korang, lebih jinak dia and lebih rapat korang ngan hamster korang.



Stabil atau tak dari segi kewangan?

Mampu tak untuk korang beli bedding yg selamat and sesuai, makanan yang berkualiti tinggi, mainan baru, dan lain2 lagi. Banyak hamster punya keperluan yg memerlukan duit, lagi2 kita duduk di Malaysia, barang pun serba mahal. Paling penting, duit untuk rawatan vet, lebih2 lagi kalau ada emergency.


Bersedia untuk bersihkan sangkar?

Ikut lah saiz sangkar and ketebalan bedding (pastikan capai minimum 70cmx40cm atau lebih), sekurang-kurangnya buat lah pembersihan setiap 2-6minggu. Lagi besar cage, lagi tebal bedding, lagi kuranglah korang nak kena bersihkan cage hamster. Korang perlu juga buat spot clean beberapa kali dalam seminggu. Seeloknya, jangan terlalu kerap bersihkan satu sangkar tu, boleh menyebabkan hamster stress.


Korang sanggup nak luangkan masa untuk belajar cara penjagaan hamster dengan betul?

Tahniah, dengan baca site ni pun merupakan satu langkah dalam pembelajaran korang. Sebelum dapatkan hamster, seeloknya join group di FB seperti HAMSTERS, atau tengok Youtube channel yang dipercayai seperti Victoria Rachel, Erins Animals, dll. Ingat, bila dah dapat hamster tak bermakna korang kena stop buat research, korang kena la sentiasa ikut perkembangan tentang maklumat hamster, dan jangan pernah stop untuk belajar benda baru (yang betul berfakta dan bagus utk hamster).


Korang betul2 rasa dah bersedia nak bela hamster?


So still think you are ready for a hamster?

Kalau jawapannya ya, selamat datang ke dunia haiwan kecil comel ni. Hamster sememangnya haiwan peliharaan yang sangat hebat kalau korang betul2 bagi apa yang dia perlukan.

Kalau korang rasa korang tak bersedia nak bela hamster lagi, korang boleh gunakan masa yang ada sebelum korang bela hamster tu untuk baca banyak lagi tentang hamster. Korang boleh join group, tengok page hamster, tengok website sampailah masa nya korang dah bersedia.


Saya akan sertakan link-link untuk website, page, group yang bincang tentang hamster dengan fakta yang up-to-date dan berlandaskan fakta, dasar kemanusiaan, pengalaman.


Website :-


Youtube :-


Facebook Group :-




10 views0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Sangkar Hamster Berbau

"kenapa sangkar hamster saya bau kuat sangat?" "macam mana nak bagi hilang bau busuk kt sangkar hamster ni?" Hamster adalah haiwan yang...

Comments


bottom of page