top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS


Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan, berteman, semuanya atas sebab dipengaruhi daripada cara petstore letakkan hamster mereka. Hamster syrian yang ada di petstore tu selalunya berumur 6-8minggu. Masih muda lagi dan belum matang. Selalunya, hamster syrian ni boleh duduk sekali sampai umur 8 minggu. Tapi tetap ada je yang gaduh sampai luka2 walaupun belum capai umur 8 minggu. Ada yang sampai luka teruk, ada yg sampai mati.


Saya pun pernah pergi petshop dan nampak hamsternya banyak yang luka, berdarah, dan sakit. Terus keluar dari petshop tu.


Bila mereka dah mula matang, waktu ni la dia dah mula nak jadi territorial--menjaga/menanda kawasan. Maksudnya, bila dah matang ni, diorang akan pertahankan kawasan diorang daripada penceroboh. Ini termasuk lah hamster Syrian(tak kira jantina atau adik beradik ke), dan spesis lain. Sifat territorial ni dari azali lagi mmg dah ada dalam diri hamster, merupakan naluri sebagai seekor hamster juga. Dengan kata lain, kita tak boleh nak ubah sifat semulajadi mereka ni. Walaupun dah didomestikkan, dibela oleh manusia, sifat ni tetap akan ada.


“Their personality blossoms once they are separated.” - Erin Ramsey, founder of Cheeks and Squeaks Hamsters

"Personaliti mereka ditunjukkan bermula dari waktu mereka dipisahkan - Erin Ramsey, founder Cheeks and Squeaks Hamsters."


Hamster Syrian punya habit kita boleh nampak waktu diorang cari makanan atau menggali. Pernah bagi sand bath tak kt hamster korang? Mesti korang perasan yg hamster korang tutup mata masa korek, golek2 dan pusing2 kat pasir tu. Ni dipanggil naluri atau bahasa Englishnya "instinct".


Naluri solitary tu ada, sama seperti habit-habit natural hamster yang lain, yang kita sendiri boleh tengok.


Sebagai makhluk yang solitary, hamster Syrian WAJIB tinggal sendirian dalam cagenya tersendiri. Diorang bukan haiwan yg social. Solitary ni boleh dikatakan haiwan yang luangkan majoriti hidupnya duduk sendirian je, takda peneman atau kawan, kecuali waktu mating atau nak besarkan anak(ibu hamster je). Diorang punya sifat solitary ni dah dibuktikan dengan kajian saintifik dan boleh juga kita tengok sendiri kt hamster kita atau luar.


Hanya SATU sebab je spesis Syrian hamster ni boleh diletakkan sekali, iaitu untuk mating. Di habitat asalnya, diorang ni akan masuk kawasan/territory hamster lain untuk mengawan. Walaupun begitu, hamster syrian betina akan jadi garang dengan hamster jantan bila hamster betina ni tidak 'on heat'. Waktu hamster betina 'on heat' dan hendak dimatingkan, diorang WAJIB dipisahkan lepas habis mating. Jangan tinggal semalaman pula.


Nota tepi: Korang janganlah nak breed sesuka hati tanpa pengetahuan yang betul, persediaan, dan pengalaman. Backyard breeding atau breeding tanpa pengetahuan dan tanpa persediaan akan menyebabkan baby hamster dimakan, atau kecederaan pada ibu hamster, atau banyak lagi masalah lain. Campur aduk genetik tanpa apa2 ilmu boleh menyebabkan hamster takda mata, bulu pun takda, dan banyak juga masalah lain.


"Tapi hamster saya elok je duduk berdua, siap makan tidur sekali lagi"

Walaupun korang percaya dan rasa yang hamster Syrian korang boleh duduk sekali, sebenarnya SALAH. Dah lawan hukum alam tu. Tak normal bagi hamster Syrian nak duduk berteman berkawan, tak kira di hidupan liar atau dalam jagaan manusia. Adik-beradik ke, mak ayah ke, sedara mara ke, diorang memang TAK BOLEH duduk sekali. Bila dah sampai satu tahap, mereka akan mula bergaduh untuk berebut kawasan. Hamster syrian ni bukan macam manusia - diorang TAK sunyi dan TAK perlukan interaksi dengan hamster lain untuk hidup bahagia. Sebenarnya, kalau korang nak hamster korang bahagia, korang cuma perlu bagi dia ruang dia sendiri je, cage sendiri. Takda manfaat pun boleh dapat kalau korang letak bebanyak hamster Syrian dalam satu cage. Malah, diorang lagi stress. Hidup untuk survive, bukan thrive.


Kecederaan, seperti lumpuh, luka, kehilangan darah, hilang telinga, bulu luruh, dan banyak lagi yang boleh terjadi kalau korang pilih untuk letakkan hamster korang sekali. Ada kes, hamster bergaduh sampai mati. Dan ada juga kes, hamster yang mati tu dimakannya oleh hamster lain. Tak berbaloilah risikokan nyawa hamster korang sebab korang anggap comel atau sebab nak jimat ruang. Dengan meletakkan hamster Syrian korang bersama kawan, teman, boleh menyebabkan hamster korang jadi stress. Stress ni pula boleh memendekkan jangka hayat hamster dan boleh juga menyebabkan hamster korang menjadi lagi aggressive.


Korang tak boleh nak train ke ajar dia untuk duduk sekali. Diorang tetap takkan bahagia atau thrive. Bukan sesuka hati tak bagi letak sekali, tapi ni naluri hamster tu sendiri yang memang memilih untuk duduk sendirian. Memang secara naturalnya dia dicipta untuk duduk sendirian. Ini bukanlah pandangan atau sekadar cakap kosong tapi ni FAKTA.


Walaupun setiap negara ada lah standard penjagaan hamster yang tersendiri, tapi semuanya setuju dengan "Syrian adalah solitary dan tak boleh diletakkan berdua atau lebih dalam satu cage".


Bila korang pilih untuk letakkan dua atau lebih Syrian untuk duduk sekali dan diorang ni memang dilahirkan sebagai makhluk yg solitary, maknanya korang mementingkan diri dan buat keputusan yg tidak bertanggungjawab. Bila diorang bergaduh, macam mana? Nyawa mereka bukannya tiada nilai. Kalau korang nak haiwan yang boleh duduk berdua, berteman, berkawan, boleh lah bela haiwan yg social. Seperti arnab, tikus, guinea pig, gerbil, adalah contoh haiwan yang akan bahagia dan thrive bila duduk berteman.


(psst: tahukah korang, di New Zealand ada undang2 yang 'haramkan' bela seekor guinea pig. Nak tahu kenapa? Sebab guinea pig haiwan yg social dan perlu berinteraksi dengan guinea pig yg lain untuk hidup bahagia.)


Naluri semulajadi hamster Syrian adalah untuk tinggal sendirian – diorang lebih bahagia, korang sediakan je barang keperluan dia. Paling penting, biar dia seekor je dalam satu cage. Jimat kos vet atau luka dihati kalau hamster korang bergaduh and luka teruk. – ingatlah, asingkan hamster Syrian anda.


  • Syrian hamsters are solitary.

  • Chinese hamsters are solitary.

  • Winter White Russian Dwarf Hamsters are social with other Winter White Russian Dwarf Hamsters.

  • Campbells Russian Dwarf Hamsters are social with other Campbells Russian Dwarf Hamsters.

  • Roborovski Dwarf Hamsters are social with other Roborovski Dwarf Hamsters.


Mereka adalah spesis yang berlainan, bukan baka yang berlainan. Maknanya, takleh nak duduk berlainan spesis dalam satu cage.


Spesis berlainan seperti - spesis kuda dan spesis kucing dan spesis anjing.

Baka berlainan seperti - Kucing baka maine coon, baka british shorthair, baka parsi.


Sekian terima kasih.


8 views0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Sangkar Hamster Berbau

"kenapa sangkar hamster saya bau kuat sangat?" "macam mana nak bagi hilang bau busuk kt sangkar hamster ni?" Hamster adalah haiwan yang...

Comentarios


bottom of page