top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

Sangkar Hamster Berbau

"kenapa sangkar hamster saya bau kuat sangat?"

"macam mana nak bagi hilang bau busuk kt sangkar hamster ni?"


Hamster adalah haiwan yang menggunakan hidung/bauan sebagai navigasi perjalanan, kawasan, ancaman, dan lain2. oleh itu, hamster akan menandakan kawasan mereka menggunakan 'scent gland' atau aroma mereka tersendiri sebagai tanda kawasan hamster tersebut.


apa kaitan dengan sangkar berbau?


Bau kencingnya juga salah satu faktor menyumbang kepada bau busuk tersebut, tapi, faktor utama ialah hamster anda telah 'meletakkan' aromanya di dalam sangkar tersebut dengan terlalu kerap. Oleh itu, keluarlah bau yang kurang enak tersebut.


Masalah ini selalu dihadapi oleh pemilik yang meletakkan hamster di dalam sangkar yang kecil. apa kaitan ye? kaitannya bilamana hamster anda merasa 'anxious' atau gelisah kerana takut kawasannya dimasuki hamster lain. sebab, itulah kawasannya yang sedia ada, jadi hamster anda rasakan dia perlu pertahankan kawasan tersebut dengan menandakan setiap kawasan di dalam cage tersebut berkali-kali sehingga keluar bau yg busuk.


Lebih lebih lagi, bila keluar bau yang busuk, sudah tentu pemilik hamster akan tukar bedding dan bersihkan sangkar supaya sangkar kekal bersih dan tidak berbau.


Hal ini menyebabkan hamster anda lebih stress dan lebih gelisah kerana aromanya sudah hilang. jadi dia fikir dia perlu tandakan aroma yang baru. Dan hal ini berterusan secara berulang. Hamster anda akan menjadi lebih stress, lebih gelisah dan ini akan membawa kepada masalah kesihatan yang lain. Perlu diingatkan bahawa, stress boleh menyebabkan seseorang/haiwan itu jatuh sakit.


Apa cara penyelesaiannya?


Mudah saja, semua nya hanya perlu 'back to basic'. Asas ruang minimum bagi seekor hamster adalah 80cm × 50cm(UK standard) atau 70cm x 40cm (US standard), lebih luas lebih bagus. sebab, banyak benda boleh diletakkan seperti sand bath, roda yg sesuai, rumah yang banyak, dan mainan. bila ruang sudah besar, dan semua keperluan mencukupi, sudah tentu hamster anda lebih tenang dan lebih relax dalam mengendalikan kawasannya.


Bedding yang tebal juga salah satu keperluan wajib bagi seekor hamster dan ada kebaikkannya dalam mengurangkan bau 'busuk' ni. Bagi yang hamsternya kencing di bedding, bedding yang tebal mampu memberi serapan air kencing tersebut denngan lebih bagus. Apa yg lagi bagus? Korang boleh scoop je bedding yang terjejas dan tambah bedding baru. ini dipanggil spot cleaning.


Bagi yg hamsternya kencing di dalam sand bath, tahniah, jimat bedding ye 😆. Tapi, masih perlu spot cleaning di pasir tu dan tetap wajib untuk meletakkan bedding yang tebal.


Kesimpulannya, semuanya bermula dari segi penyediaan keperluan hamster. banyak kebaikan yang boleh didapati dengan memberi keperluan yang sepatutnya kepada hamster anda. anda juga boleh membuatkan hamster anda gembira.

2 views0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Comments


bottom of page