top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

Jangkitan Mata/Eye Infection

Jangkitan Mata / Eye Infection Jangkitan mata adalah biasa bagi semua haiwan. Bila mata dijangkiti, akan keluar satu cairan kuning atau hijau daripada kawasan mata, kalau dibiarkan, cairan tu akan mengering dan menyebabkan mata hamster tertutup. Bila jadinya macam ni, hamster perlukan bantuan kita untuk buka balik mata dia. Mata yang tertutup ni boleh menyebabkan stress pada haiwan, so amat penting untuk kita bersihkan kawasan matanya dengan cermat and secara terus untuk elakkan matanya tertutup dan untuk meningkatkan masa proses penyembuhan.

Punca Jangkitan mata ni disebabkan beberapa faktor seperti pertumbuhan bakteria di dalam atau keliling mata. Selain tu, disebabkan oleh bendasing yang masuk dalam mata hamster (contoh: bedding, habuk, batu kecil, dll). Atau, disebabkan oleh alergik atau virus.

Rawatan Kebanyakan jangkitan pada mata ni, kalau dapat detect awal2, boleh dirawat dengan mudah hanya di rumah. Kalau dibiarkan lama tanpa rawatan, boleh menyebabkan kerosakan pada mata hamster. Dan kalau jangkitan tu merebak, ia boleh juga merebak sampai ke organ2 lain termasuk paru-paru. Dalam situasi di mana jangkitan ni dah lama sangat, wajib untuk berjumpa doktor utk dapatkan rawatan.

Rawatan Rumah / Home Remedies Bila dapat tau yang hamster ada jangkitan kt mata dia, kena amik tindakan segera. Bawah ni adalah langkah-langkah untuk rawat jangkitan mata (yg ringan) dengan bahan2 dari rumah (home remedy), gunakan saline solution(air garam) buatan sendiri.

Buat air garam dengan larutkan satu teaspoon garam dalam secawan air suam.


- Guna cotton but atau tisu yang dicelup dalam larutan tadi - jangan rendam, celup sikit je.Lapkan dengan lembut kawasan mata tu. Jangan tenyeh kuat sangat, lembut je.


- Kalau hamster taknak duk diam, mungkin kena ‘scruff’, cubit kt tengkuk tu. Buat dengan betul ye supaya hamster tak mengalami kecederaan.


-Guna cotton bud atau tisu yang baru, celupkan dalam larutan air garam tadi dan lap utk kali kedua.


-Ulang dengan cotton bud/tisu yang bersih sampai mata dia dah hilang kerak2.Kalau mata sebelah lagi ada jangkitan juga, buat benda sama. Setiap kali nampak mata dia ada cairan keluar je, bersihkan guna larutan air garam tu. Dengan ulang step ni, InsyaAllah boleh hentikan jangkitan dari merebak dan mata hamster boleh sembuh.


-Check hamster setiap hari utk pastikan matanya dibersihkan.


-Buat air garam yang baru setiap hari. Jangan guna yang semalam punya sebab dan ada bakteria dalam tu.


-Kuarantinkan hamster daripada semua haiwan** sampai mata dia dah sembuh selama 48jam.

*Kalau masih tak sembuh atau takda perubahan dalam masa seminggu, sila bawa ke vet untuk rawatan. **kalau ada dwarf hamster yang tinggal berdua or berkumpulan, kuarantinkan semua hamster tu jauh dari haiwan lain.

1 view0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Σχόλια


bottom of page