top of page
Search
  • Writer's pictureBubblePouch

KELEBIHAN SANGKAR BESAR

(Diolah bahasa daripada group HAMSTERS)


Kualiti kehidupan

Sangkar hamster ni mempengaruhi kualiti kehidupan hamster. Mustahil hamster boleh bahagia kalau duduk dalam sangkar yang kecil dan sempit. Sepanjang hayat hamster ni dia akan tinggal di dalam sangkar. Apa salahnya melabur sikit demi hamster tercinta kan? Mesti hamster pun seronok. Kualiti hidup pun terjamin.


Jimat duit

Guna sangkar besar ni sebenarnya lagi jimat tau, terutamanya penggunaan bedding. Kalau guna sangkar kecil, mesti kena kerap tukar, kerap cuci. Letak bedding sikit je, tapi kena sentiasa tukar, yela, dah hamster pun ruang terhad dia nak melabur pun. Kalau guna sangkar besar, kita boleh letak bedding banyak dan tebal, tapi jarang2 tukar. Boleh buat spot-cleaning je. Hamster pula selalunya dia akan kencing, berak kat satu sudut, atau dalam pasir. Kan jimat, buang bedding yang terkena najis dia je.


Jimat masa

Bila sangkar besar, sudah tentu tak perlu nak cuci selalu. Bila sangkar besar, boleh letak bedding banyak dan tebal. Bila bedding tebal dan banyak, kuantiti bedding yang perlu ditukar pula menjadi kurang. Sebabnya, bila hamster membuang najis di satu kawasan, bedding tu tak mudah nak bercampur ngan bedding yang lain, tak macam dalam sangkar kecil, bedding yg ada najis mudah untuk bercampur dengan bedding yang bersih. Kalau sangkar besar, dan bedding banyak dan tebal, kita boleh buang bedding yang hanya ada najis sahaja, dan selebihnya, tak perlu buang pun. Ada je sangkar yang besar, cuma 2 atau 3 kali je setahun cuci secara menyeluruh atau full-cleaned.


Hamster lebih gembira

Hamster lebih gembira di dalam sangar besar. Ada kajian menunjukkan bahawa semakin besar sangkar, semakin kurang tabiat menggigit besi (bar chew/bar bitting), yang mana bahaya, dan tabiat yang tidak sihat untuk hamster. Selain tu, dalam sangkar yg besar, jarang untuk ‘cage aggression’ untuk berlaku.


Macam mana nak tau sangkar tu cukup besar?

Saiz sangkar ni susah nak ditentukan memandangkan setiap negara, orang, dan kumpulan ada pendapat berbeza. Tapi, ada beberapa negara yang menentukan saiz minimum bagi seekor hamster.


*Saiz sangkar minimum mengikut negara:


USA, South America & Canada: 360 Square Inches 24 x 15 Inches 61 x 38 Centimeters (Unbroken floor space)


United Kingdom & Europe 589 Square Inches 31 x 19 Inches 80 x 50 Centimeters (Unbroken floor space)


Europe (Germany, Denmark, Sweden, Finland, Norway) 741 Square Inches 39 x 19 Inches 100 x 50 Centimeters (Unbroken floor space)


Additional Option: 1,521 Square Inches 59 x 19 Inches 150 x 50 Centimeters (Unbroken floor space)


Walaupun berbeza pendapat, semua bersetuju dengan satu faktor:


Lebih besar,lebih bagus (bigger is always better)


Seperti yang dicakapkan, Kuhnen 1999 mendapati sangkar yang kecil daripada 128 square inches boleh menyebabkan peningkatan tahap stress hamster.


Saiz sangkar yang telah dikaji oleh Fischer et al. 2007 adalah:


1,800 sq. cm. (279 sq. in.)

2,500 sq. cm. (387 sq. in.)

5,000 sq. cm. (775 sq. in.)

10,000 sq. cm. (1550 sq. in.)


Kajian ini mendapati ada perbezaan dalam tempoh durasi mengigit besi di antara sangkar paling kecil dan sangkar paling besar, yang mana menunjukkan bahawa sebuah sangkar perlu mempunyai saiz lebih daripada 279 square inches. Walaupun begitu, mereka mendapari bahawa hamster masih mengigit besi walaupun di dalam sangkar besar yang bersaiz 1550 square inches. Ini membuktikan yang 1550 square inches pun masih tak cukup besar bagi hamster.


Apa yang kita dapat dari semua ni?


Kita sebagai pemilik haiwan molek bernama hamster ni digalakkan menyediakan sangkar yang mempunyai sekurang kurangnya saiz minimum atau lebih.


Sumber


- Behaviour of golden hamsters (Mesocricetus auratus) kept in four different cage sizes


- K Fischer, SG Gebhardt-Henrich, and A Steiger


- Animal Welfare 2007, 16: 85-93


- The effect of cage size and enrichment on core temperature and febrile response of the golden hamster


- Gernot Kuhnen


-Lab Anim 1999 33: 221

8 views0 comments

Recent Posts

See All

Dwarf hamster = social

Spesis Winter White, Campbell, Roborovski adalah tergolong dalam 'Dwarf Hamster'. Hanya spesis Winter White dan Campbell boleh interbred...

Syrian Hamster = Solitary

Artikel asal daripada Savannah Radogna dalam group HAMSTERS Ramai orang percaya hamster Syrian ni boleh duduk berkumpulan, berkawan,...

Kommentare


bottom of page